Thursday 29 January 2015

Cucur Ikan Lumik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

     Hari ni cik D nak kongsikan satu resepi yang biasa dan mudah sesuai untuk minum petang dengan kopi panas. Nak tau resepi apa? Cik D dah nyatakan di tajuk entri kali ni iaitu cucur ikan lumik. Nak tau apa tu ikan lumik? Macam mana rupa ikan lumik ni? okay. meh sii cik D nak tunjuk rupa ikan ni, tapi gambar ni cik D dapat dari sumber internet, cik D lupa nak snap sebelum potong ikan-ikan ni.



Inilah dia ikan lumik tu. Ikan ni bermusim jugak tau. Semalam cik D ngan my mommy g pasar tengok banyak betul irang jual ikan ni. so, kitorang pun belilah ikan ni. sebab terfikir nak buat cucur ikan. 

Okay, disini cik D akan kongsikan resepi cucur ikan ni. Resepi ni versi my mommy. tapi depends dengan korang ler nak buat macam mana. ni just guide line je.. :) 

Resepi: Cucur Ikan Lumik



Bahan-bahannya:
Ikan lumik (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil)
Tepung Gandum
Air
1 sudu kecil Tepung Penaik
Daun sup
1 Tangkai cili merah
sedikit garam & serbuk perasa
(dan jangan lupa minyak untuk menggoreng)

Cara-caranya:


  1. Selepas dibersihkan, potong ikan lumik tadi kecil-kecil.
  2. kemudian sediakan bahan adunan, masukan tepung, dan sedikit tepung penaik.
  3. Masukan Daun sup yang telah dihiris halus dan juga cili yang dihiris halus.
  4. kemudian masukan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan tadi menjadi sedikit melekit, 
  5. Kemudian barulah masukkan ikan lumik dan sedikit gula serta serbuk perasa. Gaul sehingga rata.
  6. Akhir sekali, boleh lah goreng adunan tadi. Siap!
Tips: korang boleh juga tambahkan telur kedalam adunan tadi, supaya adunan menjadi lembut dan sedap. cik D x letak sebab lupa nak beli telur. Korang juga boleh letak sedikit serbuk kunyit, kalau korang suka warna kekuningan tu.

Okay. Tu je dari cik D hari ni, sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang. :) 


No comments:

Post a Comment