Hari ni cik D nak cerita sikit pasal buah pelajau. Haa... korang tau tak buah pelajau tu buah ape? Sapa tahu??? Okay, Kalau korang nak tahu sangat, buah pelajau ni boleh didapati di kawasan tepi sungai tau...haa... buah ni boleh ni makan.. jangan risau tiada unsur racun didalam nya. Rasanya macam ala-ala kacang gitu. Pada kebiasaannya, orang masak buah pelajau ni, macam masak sayur tau. sedap sangat.. ala-ala buat sayur goreng. cik D pernah makan buah ni, sedap! Buah ni dah kira jadi fav cik D pulak tau. Tapi, mommy cik D masak buah ni biasa-biasa je. Mommy cik D cuma rebuskan buah ni kedalam air masak then just tambah garam dan serbuk perasa sikit. Haa... tu je pun.. tak susah kan??? Rasa die sangat lembut dan rasa berlemak. Tapi sebenarnya tak de lah lemak. tapi rasanye yg lembut yang buat buah pelajau ni macam berlemak. hehehe. korang try leee..... cik D x tipu tau. Tipu berdosa.
Haa,,, gambar kat atas ni, cik D dapat dari Google. Ni la rupa sebenar buah pelajau tu. ni bila buah pelajau tu dah dibuang kulit. tapi kalau nak tahu rupa sebenar sebelum dibuang kulit, korang tengok le macam mana rupa kacang almond. Lebih kurang macam tu lerr rupa buah ni.
lebih kurang macam ni laa rupa buah pelajau tu tpi ni gambar kacang almond. Sumber dari Google.
Okay, cik D akan kongsikan resepi untuk masak buah ni.
Resepi: Pelajau Goreng Udang
Bahan-bahannya:
1 mangkuk kecil buah pelajau yang telah dibuang kulitnya
1 mangkuk kecil udang yang telah dibuang kulitnya ( tapi boleh juge kalau korang nak guna udang kering)
2 biji bawang putih yang dihiris halus
2 biji bawang merah yang dihiris halus
1 tangkai cili yang dihiris halus
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam & serbuk perasa
Cara-caranya:
- Mula-mula panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak kedalam kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang putih, bawang merah, serta cili yang telah dihiris halus tadi.
- Masak sehingga bahan-bahan tersebut naik bau. Kemudian masukkan udang, x masak hingga udang tu agak merah. Sebab kenape cik D letak udang dulu adalah nak bagi ada rasa udang kat dalam masakkan cik D ni nanti.
- Kemudian barulah masukkan buah pelajau dan sos tiram.
- Dan akhir sekali masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul rata, dan tunggu sampai buah pelajau menjadi empuk
- Kemudian bolehlah dihidangkan bersam nasi. Mmm sedapnya!
Haaa... cuba jangan tak cuba tau. sedap.... sangat sedap. Selamat mencuba :)
dao nyam ihh..yummyy..lamak x makan..hehe
ReplyDelete