Thursday 29 January 2015

Cucur Ikan Lumik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

     Hari ni cik D nak kongsikan satu resepi yang biasa dan mudah sesuai untuk minum petang dengan kopi panas. Nak tau resepi apa? Cik D dah nyatakan di tajuk entri kali ni iaitu cucur ikan lumik. Nak tau apa tu ikan lumik? Macam mana rupa ikan lumik ni? okay. meh sii cik D nak tunjuk rupa ikan ni, tapi gambar ni cik D dapat dari sumber internet, cik D lupa nak snap sebelum potong ikan-ikan ni.



Inilah dia ikan lumik tu. Ikan ni bermusim jugak tau. Semalam cik D ngan my mommy g pasar tengok banyak betul irang jual ikan ni. so, kitorang pun belilah ikan ni. sebab terfikir nak buat cucur ikan. 

Okay, disini cik D akan kongsikan resepi cucur ikan ni. Resepi ni versi my mommy. tapi depends dengan korang ler nak buat macam mana. ni just guide line je.. :) 

Resepi: Cucur Ikan Lumik



Bahan-bahannya:
Ikan lumik (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil)
Tepung Gandum
Air
1 sudu kecil Tepung Penaik
Daun sup
1 Tangkai cili merah
sedikit garam & serbuk perasa
(dan jangan lupa minyak untuk menggoreng)

Cara-caranya:


  1. Selepas dibersihkan, potong ikan lumik tadi kecil-kecil.
  2. kemudian sediakan bahan adunan, masukan tepung, dan sedikit tepung penaik.
  3. Masukan Daun sup yang telah dihiris halus dan juga cili yang dihiris halus.
  4. kemudian masukan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan tadi menjadi sedikit melekit, 
  5. Kemudian barulah masukkan ikan lumik dan sedikit gula serta serbuk perasa. Gaul sehingga rata.
  6. Akhir sekali, boleh lah goreng adunan tadi. Siap!
Tips: korang boleh juga tambahkan telur kedalam adunan tadi, supaya adunan menjadi lembut dan sedap. cik D x letak sebab lupa nak beli telur. Korang juga boleh letak sedikit serbuk kunyit, kalau korang suka warna kekuningan tu.

Okay. Tu je dari cik D hari ni, sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang. :) 


Wednesday 28 January 2015

Buah Pelajau Sedap Rasanya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,


     Hari ni cik D nak cerita sikit pasal buah pelajau. Haa... korang tau tak buah pelajau tu buah ape? Sapa tahu??? Okay, Kalau korang nak tahu sangat, buah pelajau ni boleh didapati di kawasan tepi sungai tau...haa... buah ni boleh ni makan.. jangan risau tiada unsur racun didalam nya. Rasanya macam ala-ala kacang gitu. Pada kebiasaannya, orang masak buah pelajau ni, macam masak sayur tau. sedap sangat.. ala-ala buat sayur goreng. cik D pernah makan buah ni, sedap! Buah ni dah kira jadi fav cik D pulak tau. Tapi, mommy cik D masak buah ni biasa-biasa je. Mommy cik D cuma rebuskan buah ni kedalam air masak then just tambah garam dan serbuk perasa sikit. Haa... tu je pun.. tak susah kan??? Rasa die sangat lembut dan rasa berlemak. Tapi sebenarnya tak de lah lemak. tapi rasanye yg lembut yang buat buah pelajau ni macam berlemak. hehehe. korang try leee..... cik D x tipu tau. Tipu berdosa.


Haa,,, gambar kat atas ni, cik D dapat dari Google. Ni la rupa sebenar buah pelajau tu. ni bila buah pelajau tu dah dibuang kulit. tapi kalau nak tahu rupa sebenar sebelum dibuang kulit, korang tengok le macam mana rupa kacang almond. Lebih kurang macam tu lerr rupa buah ni.


lebih kurang macam ni laa rupa buah pelajau tu tpi ni gambar kacang almond. Sumber dari Google.

Okay, cik D akan kongsikan resepi untuk masak buah ni.

Resepi: Pelajau Goreng Udang

Bahan-bahannya:
1 mangkuk kecil buah pelajau yang telah dibuang kulitnya
1 mangkuk kecil udang yang telah dibuang kulitnya ( tapi boleh juge kalau korang nak guna udang kering)
2 biji bawang putih yang dihiris halus
2 biji bawang merah yang dihiris halus
1 tangkai cili yang dihiris halus
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam & serbuk perasa

Cara-caranya:
  1. Mula-mula panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak kedalam kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang putih, bawang merah, serta cili yang telah dihiris halus tadi. 
  2. Masak sehingga bahan-bahan tersebut naik bau. Kemudian masukkan udang, x masak hingga udang tu agak merah. Sebab kenape cik D letak udang dulu adalah nak bagi ada rasa udang kat dalam masakkan cik D ni nanti.
  3. Kemudian barulah masukkan buah pelajau dan sos tiram.
  4. Dan akhir sekali masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul rata, dan tunggu sampai buah pelajau menjadi empuk
  5. Kemudian bolehlah dihidangkan bersam nasi. Mmm sedapnya!


Haaa... cuba jangan tak cuba tau. sedap.... sangat sedap. Selamat mencuba :)



Anak ke-5

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

          Okay. Petang ni cik D nak cerita sikit pasal drama yang ditayangkan kat tv9 yg bertajuk anak ke-5. Haaa... korang tau ke cerita apa tu??? Cerita tu mengisahkan tentang seorang ibu yang telah kehilangan anaknya sejak kecil lagi. Anaknya tersebut tinggal di Indonesia bersama keluarga angkat. Suatu hari, anaknya datang mencarinya dan mengaku bahawa dia adalah anak kepada ibunya... haaa...kalau nak tahu lagi tontonlah drama ni. bagi sapa-sapa yang dah terlepas episode sebelum ini, bolehlah tengok kat www.tonton.com. cik D pun baru je tau pasal cerita ni. sebabnya cik D main tekan-tekan je... sekali tertengok cerita AK5 ni. best..waa cakap luu...! tak cayer tengok lerr... cerita ni berjenere comedi. Antara pelakon dalam cerita tu yang cik D kenal, Cha cha Maembong, Liza Abdullah, Linda Hashim, & banyak lagi... Haa apa tunggu lagi, g taip kat google sekarang www.tonton.com. 



Tuesday 27 January 2015

The Return of Superman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua :),


   
Haaa.... sapa-sapa kat sini ada tengok The Return Of Superman (TROS)???? Angkat kening!!! cik D pun layan jugak cerita bebudak tu... bukan apa...seronok sangat... comel je bebudak tu cik D tengok. Lagi-lagi lah TRIPLETS tu... memang favorite cik D tau. Daehan, Minguk, & Manse. Daehan seorang abang yang handsome dan sangat bertanggungjawab terhadap adik-adik dan bapanya. tak cayer??? tengok je macam mana dia seret beg appa dia masa kat dental ngan kat theme park tu.. memang bagus lah budak tu. Minguk pulak terkenal dengan kecomelannya. Kecomelannya pasti mencairkan hati sapa-sapa yang melihatnya. Comel sangat. Geram cik D..hehehe Minguk ni pun fav dia suka menyanyi dan makan. bagus betul anak Song Ill Gook ni. rajin makan. Langsung tak memilih. memang cik D puji lah. bagus...bagus.... dan anak yang ketiga ialah Manse. Manse dikenali dengan free spirit nya... memang free spirit betullh budak ni. Manse seorang kanak-kanak yang sangat obses dengan kereta... apa-apa jenis kereta mesti dia suka. tak cayer cer tengok TROS. Manse suka kacau appa dia. walaupun nakal tapi comel si Manse ni.


Bukan tu je.. ada member lain jugak yang join TROS ni, Sarang. Sarang ni seorang kanak-kanak yang comel dan bijak... dia berdarah kacukan jepun dan korea, appa dia korea & omma dia pulak jepun. tapi appa Sarang ni pun berdarah jepun jugak, Sunghoo. Omma Sarang pulak seorang model ternama kat jepun. Sarang ni pengemar Mickey Mouse & Pororo. Sarang suka sangat dengan Daehan Minguk & Manse. hehehe.. sama la dengan cik D.


Haa... seterusnya. Lee Haru. Lee Haru adalah anak kepada seorang penyayi Epic High yang bernama Tablo dan ibunya seorang pelakon. Lupa plak apa nama ibunya. Hyeongjeong ke apa.. cik D lupa plak. Haru ni berusia 5 tahun. Haru seorang yang sangat sukakan binatang. dia seorang yang berani dan cerdik, dan jugak baik hati macam appa dia. Lee Haru ni comel dan cantik. Dia minat sangat dengan Taeyang.


The Twins pulak anak kepada pelawak Lee Hwijae. Omma diorang pulak seorang florist. Sangat cantik omma diorang ni. The twins ni sangat nakal dan cheeky. hehehe tapi comel. nama diorang plak Lee Seouon & Lee Seojun. Diorang ni pulak sama macam Triplets, suka makan. bagus betul budak-budak ni.



Haa... menarikkan.. bagi sapa-sapa yang belum tengok TROS ni, tengok lah. gerenti korang suka punya. Tak rugi. Kalau nak tengok boleh lah tengok kat channel KBS world 392 hari Ahad pukul 3.26 petang. Tak pun korang boleh access kat youtube. atau website lain. Taip je The Return Of Superman. Banyak je website yang tayangkan TROS ni. Tengok tau! Jangan tak tengok. Best sangat-sanagat, Dari 5 bintang, cik D nak bagi 5 ***** + + + plus plus plus... miahahahaha...!





Permulaan yang Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

            First of all cik D nak bagitahu yang cik D merupakan blogger baru untuk alam blogger ni..hehe... nak rasa macam mana berblogger lah katakn...kn..kn..kn... cik D tengok ramai yang buat berblogger ni boleh buang rasa bosankan daripada x buat apa-apa masa lapang. Dan sebab itu lah cik D memulakan pagi ni dengan berblogger..hehehe. cik D harap ramailah yang join blog cik D & rajin-rajin lah baca blog cik D ni... tujuan cik D buat blog ni bukannya apa. cik D nak ceritakan pkara yang cik D lalui tiap hari. Yelakan..memandangkan x de sape yg nak dengar, cik D mencarutlah kat blog hehehe... cik D akan berasa bebesar hati jika korang nak join & baca blog cik D. Terima kasih banyak-banyak :)