Hari ni cik D nak kongsikan satu resepi yang biasa dan mudah sesuai untuk minum petang dengan kopi panas. Nak tau resepi apa? Cik D dah nyatakan di tajuk entri kali ni iaitu cucur ikan lumik. Nak tau apa tu ikan lumik? Macam mana rupa ikan lumik ni? okay. meh sii cik D nak tunjuk rupa ikan ni, tapi gambar ni cik D dapat dari sumber internet, cik D lupa nak snap sebelum potong ikan-ikan ni.
Inilah dia ikan lumik tu. Ikan ni bermusim jugak tau. Semalam cik D ngan my mommy g pasar tengok banyak betul irang jual ikan ni. so, kitorang pun belilah ikan ni. sebab terfikir nak buat cucur ikan.
Okay, disini cik D akan kongsikan resepi cucur ikan ni. Resepi ni versi my mommy. tapi depends dengan korang ler nak buat macam mana. ni just guide line je.. :)
Resepi: Cucur Ikan Lumik
Bahan-bahannya:
Ikan lumik (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil)
Tepung Gandum
Air
1 sudu kecil Tepung Penaik
Daun sup
1 Tangkai cili merah
sedikit garam & serbuk perasa
(dan jangan lupa minyak untuk menggoreng)
Cara-caranya:
- Selepas dibersihkan, potong ikan lumik tadi kecil-kecil.
- kemudian sediakan bahan adunan, masukan tepung, dan sedikit tepung penaik.
- Masukan Daun sup yang telah dihiris halus dan juga cili yang dihiris halus.
- kemudian masukan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan tadi menjadi sedikit melekit,
- Kemudian barulah masukkan ikan lumik dan sedikit gula serta serbuk perasa. Gaul sehingga rata.
- Akhir sekali, boleh lah goreng adunan tadi. Siap!
Tips: korang boleh juga tambahkan telur kedalam adunan tadi, supaya adunan menjadi lembut dan sedap. cik D x letak sebab lupa nak beli telur. Korang juga boleh letak sedikit serbuk kunyit, kalau korang suka warna kekuningan tu.
Okay. Tu je dari cik D hari ni, sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang. :)
No comments:
Post a Comment